malaysia di mata dunia

Emas London 2012

SELEPAS memperaga prestasi sangat meyakinkan pada dua kejohanan besar dalam tempoh sebulan bermula Oktober lalu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek percaya, Mohd Azizulhasni Awang bakal menghadiahkan pingat emas untuk Malaysia di Sukan Olimpik 2012 di London.

Menurutnya, prestasi Mohd Azizulhasni, anak jati Dungun, Terengganu pada Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India dan Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China sangat memberangsangkan, lantas menjelmakan bayangan kilauan emas di kota London dalam tempoh dua tahun lagi.

“Dulu kita hanya menjadi penonton Sukan Olimpik. Kita pernah melihat negara kecil seperti Romania menang emas di Sukan Olimpik. Mereka ada gimnas legenda iaitu Nadia Comaneci.

“Malah negara seperti Cuba juga menang pingat Sukan Olimpik. Jadi apabila badminton dijadikan acara di Sukan Olimpik, barulah kita dapat pingat, itupun gangsa menerusi Rashid Sidek.

“Di Beijing, pencapaian kita naik sikit apabila dapat pingat perak menerusi Datuk Lee Chong Wei. Tapi selepas acara keirin dapat pingat emas pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia, saya percaya sukan berbasikal akan dapat emas di Sukan Olimpik 2012 di London.

“Untuk kejayaan Sukan Komanwel dan Sukan Asia, saya ucapkan syabas kepada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia,” katanya dalam sidang media majlis penyerahan penajaan RM1 juta daripada Genting Malaysia Berhad kepada pengurusan Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL 2011) di Dewan Casa Komanwel, Bukit Jalil.

Ahmad Shabery percaya, usia yang masih muda memberi kelebihan yang sangat ketara kepada Mohd Azizulhasni untuk menghadiahkan kilauan emas pertama dalam sejarah penyertaan Malaysia dalam Sukan Olimpik.

“Sir Chris Hoy sudah mencecah umur 34 tahun manakala Azizulhasni baru 22 tahun. Malah kita lihat Azizulhasni hampir berjaya mengalahkan Chris Hoy. Jadi tidak mustahil Malaysia akan dapat pingat emas Sukan Olimpik, saya sangat yakin,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Abu Samah percaya Mohd Azizulhasni sama sekali tidak akan tenggelam dalam pujian atau tertekan dalam merealisasikan impian jutaan rakyat Malaysia meraih pingat emas

0 Response to "malaysia di mata dunia"

Post a Comment

KAWAN2

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme